Sebuah hotel lima bintang di Teluk Datai, Langkawi terbakar kali kedua dalam tempoh tidak sampai 24 jam. Hotel itu terbakar sekali lagi awal pagi, selepas kejadian kebakaran pertama petang semalam.<br />Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, pihaknya menerima panggilan pada jam 1.13 pagi.
